“Makam Berusia 1,356 Tahun”

280

Di Sebuah bukit yang dinamakan “Makam Papan Tinggi” Yang terletak di newslampung.com Barus Tapanuli Tengah Sumatera Utara. Terdapat beberapa makam tua , Untuk naik ke bukit ini kenalah melalui anak tangga yang bilangannya 700-800 anak tangga. Dan diantara Makam Tertua yang menjadi tumpuan dan selalu dikunjungi orang di situ adalah Makam Al-Marhum Syeikh Mahmud , Pada batu nisannya tertulis Tahun kematiannya “Dal-Mim” Jika mengikut Ilmu Falak ianya mungkin pada 44 Hijriah dan diconvert kepada Masehi bersamaan “664 Masehi” Pada batu Nisan Syeikh Mahmud tertulis sepotong ayat dari Al-quran surah Al-Qasas ayat 88 – iaitu “Kullu syai’un halikun illa wajhahu”. (Segala sesuatu itu akan musnah kecuali Dzat Allah).

Mengikut cerita orang tua kampung di sana Perkampungan islam di baru telah wujud pada tahun 630 Masehi , Dan Al-Marhum Syeikh Mahmud mungkin seorang Ulama dan juga pedagang Barus daripada Hadramaut Yaman. Dikatakan juga Al-Marhum Syeikh Mahmud berdagang barus sambil berdakwah di sana dan Al-Marhum juga adalah antara salah seorang daripada 44 Auliya di Barus Sumatera Utara. Banyak makam syeikh yang berada di Barus ni mungkin kerana kemasukan Pedagang Arab dan Para Pendakwah yang Kebanyakannya dari Kota Para Auliya iaitu Yaman.

Sayyidina Rasulullah S.A.W telah mengutus para sahabatnya dan Diantaranya adalah Abdullah Ibnu Mas’ud ke Nusantara Bermula Pada Awal Abad ke 6 , Sepertimana Saad Bin Waqas diutus ke China. Ibn Lubaid Ke Eropah Timur , Jafar Ibn Abi Thalib Ke Afrika Utara , Muadz Ibn Jabal Ke Arab Selatan Dan Abdullah Ibn Mas’ud telahpun berdakwah di Aceh pada Tahun 627 Masehi.(St. Sof)